Lelaki Eksklusif

ok..nak review novel lagi...
novel yg baru Mummy Ayu beli last week...
but..semalam baru abis baca...
Lelaki Eksklusif
keluaran Karya Seni
hasil karya......Wan Awliya Rayqal

novel nie..best, simple..tak tebal plak tu
memang layan la
cuma Mummy Ayu jer yg baca slow sangat
tu yg lambat abis tu...
sinopsis kat belakang novel.....
NORA hanya gadis biasa-biasa saja. Tak serupa perempuan langsung. Tapi di mata Wan Mukriz, Nora sangat istimewa. Jadi tak salah  dia serahkan hati dan perasaan buat gadis comel itu. Namun sangka Nora, Wan Mukriz sekadar bergurau. Apalah yang diharap pada gadis sepertinya. Jadi Nora buat bodoh saja.
“Kalau saya cari girlfriend, saya cari macam Nora.”
“Uiks, kalau macam tu ambik Nora saja tak boleh?”
“Serius?”
“Ngee, melampau bos ni.”
“Nora, saya serius ni.”
“Ya ke?”
Kemesraan yang terjalin, menjadi halangan apabila Wan Ariff , abang sebapa Wan Mukriz juga menaruh hati terhadap Nora. Mahu memiliki Nora tanpa mempedulikan perasaan Wan Mukriz.
Akhirnya, Wan Mukriz ambil keputusan untuk menikahi Nora tanpa pengetahuan sesiapa. Dan Nora terima lamaran Wan Mukriz demi menyelesaikan masalah peribadinya.
Mereka bahagia, namun bahagia mereka bersulam resah. Wan Ariff tak sudah datang mengganggu tanpa disedari yang menjadi idamannya itu ialah adik ipar sendiri.
Mampukah mahligai bahagia yang dibina dalam rahsia itu bertahan sedangkan Wan Mukriz tidak sanggup untuk berpisah dengan Nora?

and semestinya
sinopsis versi Mummy Ayu.....

Nora..seorang gadis yg simple, selamba, jujur...
walaubagaimana pun..ada kisah sedih dlm hidup dia

sehingga la satu hari.....dia bertemu dengan Wan Mukriz..bos baru kat tempat kerja dia

Wan Mukhriz pula.....cucu bos besar kat syarikat tu
tapi..dia nak mula dr bawah
so..dia dilantik jadi ketua bahagian tempat Nora bekerja tu

sejak kali pertama jumpa jer..
masing2 dah suka
mcm jatuh cinta pandang pertama gitu
dlm dok happy2....abang tiri Wan Mukriz....tetiba plak kacau daun plak
Wan Arif pun minat ngan Nora & sama2 nak ngurat jugak
and Wan Ariff nie pun memang dengki ngan Mukriz.
apa yg Mukriz ada, dia nak
pendek kata....kalau boleh dia tak nak Mukriz tu bahagia

nak jadi cita...
berlaku la satu peristiwa
yg menyebabkan Mukriz berkahwin dgn Nora..tapi secara rahsia
untuk menyelamatkan keadaan 

tapi..sbb Ariff tak tau
dia terus2 ngurat Nora tu
and...adventure gak la Nora & Mukriz nak sembunyikan rahsia perkahwinan diaorang tu....

sampai bila rahsia tu kena diaorang rahsiakan?
mcm mana reaksi Ariff bila dpt tau..yg dia sibuk ngurat tu, rupanya adik ipar dia?
emm..kena la baca novel nie..

jalan cerita novel nie..lain dr yg lain
memang best la.....!!!!!

mummy_ayu

I am Mummy Ayu and obviously I am a mummy of two kids, Ian and Iris. This blog is like my diary. Its contain my life story, my kids, my passions,my hobbies, my friends, my cooks and many more.

3 comments:

Jemputla komen di sini...