Kurnia Untukku ♡

lagi dan lagi...
review novel..
yg ke 3 hari nie
punya la banyak yg dok tertangguh....

nie novel tukar2 ngan adik kat opis Mummy Ayu
dia ckp novel nie best..
and dia baca pun kejab jer
so..
Mummy Ayu..pagi dapat, sebelum balik..dah abis baca
emm..terror tak?
baca kat opis jer
nampak sgt tak keja kan
but..bukan mcm tu tau
keja...
but ..tak busy
so..menyambil la layan novel
plus semalam kan kuar gie sepital
so...sambil2 dlm cab tu....sambil tunggu cab..
layan baca..so kejab jer la abis
Kurnia Untukku........
novel keluaran Penulisan2u... 
(adik beradik lain mak pak ngan Karya Seni)
Penulisan2u nie pun leh order online gak..mcm Karya Seni
and..pun dpt diskaun kalau order online..
Tempahan secara onli...
untuk order secara online...
klik kat sini..
or 
kalau order secara online nie senang
sbb...
~ takyah gie kedai buku
~ dapat diskaun lagi...
~ bayaran pos pun takyah..free jer
~ leh baca sinopsis kat web..lama2.....boleh pilih2 la mana nak beli
~ duduk rumah/ opis....eh..sampai dah novel..kan senang?
emm...dah mcm promoter dah Mummy Ayu rasa
ok la..
sinopsis Kurnia Untukku belakang novel...

HADFINA HAIFA dan Zain berkahwin atas dasar suka sama suka. Angkara prasangka dan sikap panas baran Zain, Fina diceraikan dengan talak tiga tanpa rela. Saat hatinya sudah dapat menerima hakikat perpisahan, Zain mendesak agar Fina disatukan dengan calon suami sementara yang dipilih olehnya demi kembali bersatu. Akibat keliru, Fina membawa diri dengan bercuti ke Hatyai.
YUSUF THAQIF CURNIA. Saat pertama kali bertentang mata dengan wanita itu, dia tahu itulah ‘isteri untuk akhiratnya’. Entah mengapa pertemuan tanpa dialog itu membuahkan rasa cinta yang mendalam terhadap wanita itu. Dipanjatkan doa kepada Yang Maha Esa agar mereka dipertemukan kembali. Lama menanti, akhirnya dia akur yang ia hanyalah fantasi. Demi mengubat hati yang terluka, dia bercuti membawa diri.
Di bumi gajah putih itu tanpa dirancang mereka dipertemukan. Harapan Fina untuk rujuk semula dengan Zain kembali menyinar saat Curnia menawarkan diri untuk menjadi suami sementaranya. Janji dipatri dan ijab kabul dilafazkan. Dari itu, Fina mengenal apa itu cinta.
“Abang... kenapa muka abang jadi macam ni? Siang abang jadi manusia, malam-malam abang tukar jadi hantu ke?” – FINA
“Apa yang peliknya? Abang ingatkan Fina nak... abang tadi.” - CURNIA
“Tolong sikit, muka macam Negro, tak selera Fina nak...” - FINA 
Saat cinta di antara mereka mulai mekar, Zain hadir menagih janji dan Sofia pula muncul menunggu cintanya berbalas. Akibatnya, Fina telah difitnah dek kerana cemburu.
“Kau yang dapat balasan kerana merampas Curnia daripada aku. Aku akan pastikan kau menjanda untuk kali kedua. Ini Sophie, kau yang mulakan dahulu, kau terimalah akibatnya.” - SOFIA
Dapatkah Curnia dan Fina mempertahankan perkahwinan mereka? Adakah perkahwinan itu perlu diakhiri demi janji yang telah dipatri? Siapakah pilihan hati Fina? Adakah bekas suaminya ataupun suami sementaranya? Segalanya terjawab dalam Kurnia Untukku...

and of coz...
sinopsis versi Mummy Ayu....

heroin....Fina (Hadfina Haifa) dah kawin suka sama suka & atas sebab cinta
dengan..hero jahat..Zain (tak suka dia)
Zain nie..suka kongkong Fina....nak kuar ngan kawan baik..Mia..x boleh
nak kuar ngan kakak2 kat opis..Kak Izan ..pun x boleh
nak balik kg, jumpa parents & family pun....x boleh, kalau dia tak ikut sama
semua kena dengan dia jer
but..dia ...manjang busy
plus....Zain nie panas baran..
tak leh silap sikit..ngamuk
tak leh silap sikit..marah
silap banyak or melawan..tangan pun naik
but...cinta itu buta kan
bila kena pujuk, Fina pun cair la..
sayang kan

but satu hari..Fina dah tak tahan
disebabkan satu kesalahan yg kecil & tak disengajakan
Fina dipukul sehingga pengsan
tak cukup ngan pukul..Fina diceraikan..dgn talak 3..
emm...
baran kan Zain nie

Fina pun ..balik kg..tenangkan diri
family & kawan2 banyak support...
tapi..
Zain dtg balik..
pujuk rayu...nak rujuk...
mana leh.kan talak 3
Zain ajak cina buta..
minta tlg kawan dia...Asyraf.kawin than ceraikan Fina
pas tu..Zain kawin balik ngan Fina
Fina.......mcm tertarik ngan idea Zain
but..takut pisang berbuah dua kali
so...Fina amik cuti 1 bulan..gie bawa diri ..holiday sorang2 kat Hadyai
di situ la..dia jumpa Curnia

Curnia....hero baik...suka, sweet, romantik
but..mula2 tu..dia la pengotor, tak tau malu...

Curnia.....started as friend..pas tu good friend
Curnia setuju bantu Fina...jadi suami sementara
but......
sementara la sangat
bila Fina..sikit2 suka and makin suka & jatuh cinta ngan Curnia
Curnia...memang dah lama jatuh cinta...
bukan takat jatuh cinta jer..jatuh cinta pandang pertama ngan Fina
emm..bial dia jumpa? di mana?
dah last2 tu baru tau...
baru jer nak happy2....Zain muncul balik...
tagih janji kononnya...
but ..jahat gak
and..muncul gak Sophie....yg dok gila2 kan Curnia

ending...
~ bagaimanakah kesudahan perkahwinan Fina & Curnia?
a. Fina & Curnia bercerai....Fina kawin balik ngan Zain

b. Fina & Curnia...bahagia selamanya.
c. Curnia kena rampas ngan Sophie....Fina kecewa sensorang
emmmm...

kena beli & baca novel nie..memang best sgt2..
kelakar sgt tau.
5 bintang...

mummy_ayu

I am Mummy Ayu and obviously I am a mummy of two kids, Ian and Iris. This blog is like my diary. Its contain my life story, my kids, my passions,my hobbies, my friends, my cooks and many more.

4 comments:

  1. rajin review yer...

    kalau minat tu mmg apa pun leh buat kan...

    ReplyDelete
  2. toinggggg.....

    tabik spring la kat ayu yg memang rajin membaca ni....

    ReplyDelete
  3. Syoknye kalau blh jd cam ayu... eina suka mmbaca gak tpinye takde kesempatan..huu :-)

    Happy weekendm

    ReplyDelete

Jemputla komen di sini...