Pelangi Cinta Buat Suami ★

lagi review novel...
kan Mummy Ayu dah ckp..
hari nie..tema dia..review novel...emm..
novel nie novel terbaru...Acik Lana
Pelangi Cinta Buat Suami
so..of coz la Mummy Ayu beli kan...
and as usual...tak menghampakan
and memang best
sgt direkomenkan buat kaki2 novel..mcm Mummy Ayu nie
and..yes...novel kali nie..keluaran Kaki Novel...

sinopsis belakang novel....

Kata orang cinta itu mampu hadir dari pelbagai rupa, segi dan cara. Kadangkala datangnya langsung tidak mampu diramal oleh jiwa, begitu saja.

Imanina : Kerana sebuah diari, perasaan cinta di hati wujud serta merta. Dia terpesona, kagum dan terpukau dengan kata-kata indah itu kerana menyedari betapa beruntungnya menjadi wanita yang dikasihi seorang suami dengan sepenuh hati.

Tengku Qalif : Cintanya kepada Liyana umpama langit yang tidak bersempadan, umpama udara yang
memenuhi bumi, dan sebuah kehilangan membuatkan separuh nyawanya mati. Kerana cintanya satu, mustahil untuk dia memberi rasa serupa kepada yang kedua.

Menyedari keadaan Tengku Qalif yang bagaikan 'mayat bernyawa' Imanina tekad mahu membahagiakan lelaki bergelar duda itu. Namun Tengku Qalif berterusan menolak dan menepis setiap bantuan darinya.

Dan ketika Imanina melamar Tengku Qalif dengan sebuah perkahwinan, perasaan benci di hati kian memuncak. Semakin jauh mengelak, semakin dekat Imanina menghampiri. Dan kerana sebuah cabaran, akhirnya Tengku Qalif terpaksa bersetuju untuk menikahi Imanina.

Perkahwinan yang awalnya dialas dengan kebencian perlahan-lahan berubah menjadi perkahwinan kedua yang terlalu bermakna untuknya. Ketika bahagia merantai hubungan mereka, ada malang datang bertandang. Perpisahan tidak terduga meletakkan Imanina di tempat Tengku Qalif seperti suatu masa dahulu. Sama tidak berbeza.

Namun kemunculan seorang lelaki di pertengahan jalan sengsara membuatkan hati Imanina terbelah dua. Perlukah dia kekal setia dengan sumpah janjinya kepada orang yang telah tiada? Dan ketika tangan bersedia untuk menyambut huluran cinta yang lain, ada sesuatu merentap
semula tangannya.

Dugaan masih mendatang dan mungkinkah selepas ribut, taufan dan hujan, pelangi itu masih kekal setia di langit?

“Percayalah kasih… kesetiaan ini, Kesetiaan yang tak kau duga.”
and...atas permintaan ramai
(chewah..bajet artis ker)
as usual...sinopsis versi Mummy Ayu
and awal2 Mummy Ayu sorry..
sinopsis Mummy Ayu memang tak abis
sbb..tak fair la kan..
buat geng2 yg lum baca
kalau Mummy Ayu cerita sampai abis..
tak suspen/ tak thrill plus tak feel la nanti..nak baca novel tu sbb...
~ ala...dah tau dah ending dia
~ ooooo....mcm nie ending novel nie..tak yah beli la
(kang marah la writer2 novel tu)
so..kala nak tau..kena la beli novel nie..sbb memang best!
panjang plak merapek kan..
jom layan sinopsis novel nie....versi Mummy Ayu...

Imanina..heroin dlm novel ni...seorang yg sempoi, student fashion design..bakal designer gitu
sambil study2 tu..dia jahit & design gak baju
nak jadi cita..Nina nie selalu jahitkan baju utk bos Mama dia...Puan Sri Khalida
and satu hari dia gie umah Puan Sri ni ..nak hantar baju and...
dia terjumpa anak Puan Sri nie..Tengku Qalif..

Tengku Qalif......hero dlm novel nie
but mula2 Nina jumpa...
Qalif tgh patah hati + kecewa + sedih
sbb...
kematian isteri dia..masa gie honeymoon
dah setahun dah isteri dia meninggal
but dia tak leh terima hakikat
sbb diaorang bercinta & kawan dah lama
but..baru kawin..baru honeymoon..Liyana meninggal...

disebabkan 1 insiden..Nina terjumpa & baca diari Tengku Qalif nie
dlm diari tu...semua catatan percintaan Qalif & Liyana
and..cuma disebabkan diari tu jer...Nina jatuh cinta ngan Qalif & nak kawin ngan Qalif
emm.....
Qalif..of coz la tak setuju mula2 but..
after kena cabar ngan Nina
dia pun setuju kawin..
maka...kawin la Tengku Qalif & Nina
and..mula2 memang tak seblu la diaorang berdua nie
manjang gaduh....
but lama2......
lama gak la..
baru diaorang ok..
Qalif mula terima Nina
Qalif mula berubah
and..diaroang pun bahagia
but..thats not the ending..
tgh diaroang bahagia2 tu..
ujian dtg menimpa...
Qalif nie keja  tgh laut..
tgh diaornag skype...depan mata Nina
baru Nina nak tunjuk result pregnancy test dia...
Qalif kena serang ngan lanun
and..kena tembak..
omg..bayangkan la..memang pengsan Nina tu
and.......
Nina plak jadi mcm Qalif dulu..
patah semangan...dia tak terima yg Qalif dah meninggal selagi takde bukti yg kukuh
sbb mayat Qalif memang tak jumpa
so........Nina move on ....dpt semangat dr kawan2 & family...
lepas 3 tahun..
anak Nina & Qalif pun dah besar
Nina pun dah abis study..ada butik....
and of coz.....ada somebody yg try nak approach Nina...Shauqi
Shauqi nie.....designer gak..
dia adalah pegang saham kat butik Nina
dia mcm bestfriend la ngan Nina
and....of coz..rapat gak ngan anak Nina nie...Humaira
Shauqi dah banyak kali lamar Nina
but Nina still setia tunggu Qalif

until one fine day....
Nina dah mengalah & ready to move on..
esok hari dia nak gie pejabat agama..tuntut fasakh...
hari tu gak dia dapat call dr mak mentua dia
Qalif dah balik...and masih hidup
what????
but...Qalif bukan mcm Qalif yg dulu...
emm....
suspen tak?
kasi suspen skt ek..
dah panjang dah nie
so..sapa nak tau ending..kena la baca novel terbari Acik Lana nie...
sapa nak baca intro novel nie..
leh jengah kat blog Acik Lana
part 1 Pelangi Cinta Buat Suami
sampai
part 25 Pelangi Cinta Buat Suami

klik kat bahagian novel....ada tajuk2 tu..hah..kat situ la...
apa pun..nak senang & tak nak sakit hati..baik gie beli jer..
atau pun..order online kat kaki novel
leh dpt diskaun & free postage...
kanan_bn1
ok...baca jgn tak baca...
sbb BEST!!!!

mummy_ayu

I am Mummy Ayu and obviously I am a mummy of two kids, Ian and Iris. This blog is like my diary. Its contain my life story, my kids, my passions,my hobbies, my friends, my cooks and many more.

4 comments:

  1. mcm best jer novel ni..hihi..

    ReplyDelete
  2. ok dah order pung novel ni...mekasih ayu...entry ayu banyak membantu untuk kakinovel dan hantunovel cam kita ni...sangat2 berterima kasih tau

    ReplyDelete
  3. saya baru jer abis baca... sedih woo cite ni...

    ReplyDelete
  4. Best erk...baru nak baca arini...yeahhhh! tak sabar nak baca so review dulu...hehe

    ReplyDelete

Jemputla komen di sini...