Amaran tsunami dikeluarkan....

Jabatan Meteorologi Malaysia mengeluarkan amaran kepada orang ramai menjauhi
kawasan pantai di Kedah, Perlis, Langkawi, Pulau Pinang dan Perak
yang berpotensi berlakunya tsunami. - Bernama

tlg informkan kawan2 atau sesiapa saja yg anda kenali
supaya menjauhi kawasan pantai sehinggalah amaran tsunami ditarik balik.

KUALA LUMPUR: Beberapa kawasan di sekitar ibu negara, Putrajaya, Selangor, Perak, Melaka dan Negeri Sembilan dilaporkan mengalami gegaran ekoran insiden gempa bumi yang berlaku di Sumatera Utara, Indonesia.

Jabatan Meteorologi Malaysia melaporkan gempa bumi bermagnitud 5.5 pada skala Ritcher di Sumatera Utara dikesan pada pukul 8.08 pagi ini manakala gempa bumi kedua bermagnitud 5.7 dilaporkan berlaku pada 11.01 pagi.


Ekoran kejadian gempa bumi itu, beberapa kawasan di pantai barat Semenanjung Malaysia dilaporkan mengalami gegaran.

Kejadian gempa bumi itu tidak membawa ancaman tsunami kepada Malaysia, menurut Jabatan Meteorologi.


Bernama dihujani panggilan daripada orang awam yang ingin mendapatkan maklumat berhubung gegaran berkenaan.


Penolong Pengarah Bahagian Bomba Jabatan Bomba Kuala Lumpur Azizan Ismail berkata pihak bomba mendapat panggilan daripada orang ramai menghuni beberapa bangunan tinggi, yang melaporkan merasai gegaran.


tadi hubby Mummy Ayu pun SMS
dia kat KL Tower pun rasa sikit gegaran
saudara Mummy Ayu kat Penang
rasa teruk gak gegaran
harap2 takde la apa2..
sama2 la kita berdoa kepada Allah.

About mummy_ayu

I am Mummy Ayu And obviously I am a mummy of two kids, Ian and Iris. This blog is like my diary. Its contain my life story, my kids, my passions,my hobbies, my friends, my cooks and many more.

3 comments:

  1. yup, dekat rumah syiera dkat taiping pun terasa kuat gegaran nya. semoga ok2 aje..

    ReplyDelete
  2. harap semuanya dlm keadaan yg selamat

    ReplyDelete
  3. jom sama2 berdoa..semoga semuanya selamat..amin...

    ReplyDelete

Jemputla komen di sini...