2nd cooking session ~ Kek Cawan Coklat Kukus

ok....petang yg sama
pas dah siap samosa....
masuk menu yg ke 2
gatai tangan lagi nak masak2....
godek2 resepi....jumpa nie....
bahan pun semua ada...
so..jom masak2 lagi...
Kek Cawan Coklat Kukus...
model cup cakes kukus Mummy...
Iris.."endap Mummy"
resepinya..
dapat dalam buku resepi Tok Umi
Bahan-bahannya:-
200 gm gula kastor
170 gm minyak masak
130 gm tepung gandum (ayak bersama koko & serbuk penaik)
50 gm serbuk koko
1/2 sudu teh serbuk penaik
120 gm coklat masakan ~ dicincang
10 gm ovalette
5 biji telur gred A
3 sudu makan susu krimer manis
1/2 susu teh emulco coklat
1/2 susu teh esen vanilla
Cara-caranya:-
1. Sediakan pengukus, isikan air 3/4...panaskan hingga mendidih & siapkan cawan2 kertas.
2. Cairkan coklat masakan secara double boiler.
Apabila coklat cair, masukkan minya masak & gaul sebati.
Angkat & sejukkan coklat ini.
3. Pukul telur, gula kastor dan ovalette dalam mangkuk adunan.
Pukul dgn kelajuan tinggi hingga kembang & putih dlm 10 minit.
4. Masukkan campuran coklat tadi selang seli dgn tepung, koko, serbuk penaik
yg telah diayak tadi.
5. Masukkan susu krimer, emulco coklat & esen vanilla.
Gaul sehingga sebati.
6. Tuangkan adunan ke dalam cawan kek. Susun dalam pengukus &
kukus selama 20 - 30 minit.

dah siap....
pas tu Mummy Ayu tgk macam plain jer
so,kita deco2 la skt..
jadila cun & berselera skt...
"betullllll...."
says Iris..
selamat mencuba!!!!!
~~~
abis dah session masak2 sabtu tu....
session seterusnya..esok plak key...

mummy_ayu

I am Mummy Ayu and obviously I am a mummy of two kids, Ian and Iris. This blog is like my diary. Its contain my life story, my kids, my passions,my hobbies, my friends, my cooks and many more.

9 comments:

  1. amboi2, rajin nye....

    lg besh masak kalu ado tukang mkn nye kan

    ReplyDelete
  2. bestnyer..xyah gune oven ponn..kukus mmg sedap

    ReplyDelete
  3. lamanya tak buat kek coklat moist nie....

    ReplyDelete
  4. kalo bako?!!
    aku nak yg bako..
    huhuh..
    kek cekelat..
    *ade buat brownies tpi lupa nak amik gambo.
    saje.. jer

    ReplyDelete
  5. nanti nak try la...nmpk mcm best

    ReplyDelete
  6. sedapnya....tak pandai nak buat...pandai makan je...

    ReplyDelete
  7. sedap nyer..
    bole try gak ni nanti,tp i takde periuk kukus yg besar tu aa mommy..nak kena cari juga ni..huhu..
    berselera sgt si Iris ni..suke tgok dia mkn..

    ReplyDelete

Jemputla komen di sini...