Chicken pox punya cerita

memandangkan anak2 Mummy Ayu
sedang diserang chicken pox nie
Mummy Ayu pun buat la skt2 reasearch pasal chicken pox nie
so..leh gak kongsi2 kat sini...
Chicken pox juga dikenali sebagai cacar air, jintungan atau bertih (mengikut dialek daerah).
Ia disebabkan oleh virus Varicella (kumpulan virus herpes)
dan amat mudah berjangkit.
Ia berlaku pada semua peringkat umur,
biasanya pada kanak-kanak.
Ia lebih teruk sekiranya berlaku kepada orang dewasa.
Rebakan adalah melalui sentuhan atau titisan cecair daripada orang dijangkiti.
Rebakan juga berlaku melalui bahan tercemar dengan cairan cacar
seperti pada pakaian atau tuala dari penghidap chicken pox.


Pengidap chicken pox boleh merebakan virus sehingga 48 jam
sebelum ruam timbul dan boleh terus menjangkitkan orang lain sehingga cacar air menjadi kering dan berkeruping.
Kayap (herpes zoster) ialah infeksi dari virus yang sama dan
berlaku pada di masa hadapan (umur dewasa).


Tanda dan Gejala

Kawasan bintik-bintik merah melibatkan muka, kepala, dada, belakang dan akhirnya seluruh tubuh.
Ruam chiken pox akan timbul kurang dari 2 minggu selepas jangkitan berlaku.

Pengidap chicken pox akan mengalami demam dengan bintik-bintik merah pada kulit.


Bintik-bintik merah yang baru akan mula timbul dalam beberapa hari dan
bilangan boleh mencecah ratusan biji dan kemudian membentuk gelembung berisi air.
Bila gelembung berisi air pecah ia menjadi kering dan berkeruping.
Rasa gatal sederhana atau teruk menyebabkan
pesakit akan menggaru dan akhirnya menyebabkan parut.


Gejala lain ialah sakit perut, tiada selera makan, sakit kepala, rasa tidak selesa, letih dan terganggu. Penghidap juga ada batuk ringan,
hidung berair dua hari sebelum bintik-bintik merah timbul.

Komplikasi
Adakala penyakit boleh jadi teruk walaupun pada kanak-kanak yang sihat dan mengakibatkan komplikasi teruk termasuklah kematian.
Kumpulan berisiko untuk jangkitan serta mendapat komplikasi teruk:
  • Bayi baru lahir, di mana ibu tidak penah mengidap chicken pox atau pelalian chicken pox.
  • Ibu mengandung menyebabkan kesan pada bayi dalam kandungan seperti tak cukup berat dan kecacatan anggota boleh berlaku. Sekiranya ibu mengidap chickenpox seminggu sebelum kelahiran, ia boleh menyebabkan jangkitan serius serta membahayakan nyawa pada bayi.
  • Orang yang lemah atau kurang daya tahan akibat penyakit lain seperti HIV, barah sumsum tulang (leukaemia) dan pesakit kanser dalam rawatan kemoterapi. Orang yang mengambil steroid berpanjangan pesakit asma dan sindrom nefrotik.
    Penghidap sakit radangan kulit (inflammation eczema).

Rawatan

  1. Ubatan anti-viral :

Acyclovir atau immuno globulin diguna untuk merawat chicken pox. Rawatan amat berkesan sekiranya diambil segera dalam tempoh 24 jam dijangkiti. Ia akan mengurangkan keterukan dan komplikasi akibat chicken pox. Semua orang dewasa mendapat kebaikan dari rawatan antiviral di awal penyakit terutama yang kurang sistem daya tahan (orang lanjut usia, pesakit diabetes, pengidap HIV& AIDS serta rawatan steroid).

  1. Rawatan antibiotik

Komplikasi akibat chicken pox ; radangan kulit dan radangan paru-paru memerlukan rawatan antibiotik. Pesakit yang mendapat radang otak hendaklah dimasukkan ke hospital untuk rawatan antivirus.

  1. Rawatan di rumah
    - Sapu losyen calamine.
    - Ubatan antihistamin kurangkan gatal-gatal
    - Panadol untuk demam


    Pantang larang
    nie sendiri yg tau..
    - ada org kata, tak leh kena air, tak boleh mandi
    tapi takkan la tak mandi kan..
    so Mummy Ayu kasi mandi jugak
    tapi berhati2 & tak guna sabun pun
    sbb takut diaorg pedih...
    pas mandi lap kering2..baru letak losen tu
    - pas tu Ibu kata ..jgn kasi makan kicap
    naisb la masing2 tak kisah pun bab kicap tu
    so..follow la pantang nie
    - tak leh kena hujan
    memang tak kuar umah pun...
    so..follow gak pantang nie
    - minum air kelapa
    kasi chicken pox tu kuar semua..
    kasi minum but masing2 minum skt jer.....
    nak buat mcm mana
    last2 Mummy yg minum air kelapa tu
    tambah ais..sedap.... :-)
    - daun semambu
    letak bawah alas tempat tido diaorg
    kasi kurang gatal
    and bila dah kering, campur ngan bedak sejuk
    kasi diaorg pakai
    pun Mummy Ayu follow
    buat masa ni...
    letak kat tempat tido diaorg....
    - jgn makan makanan yg gatal2
    ex: ayam, daging, telur, seafood
    ikut & ada gak yg tak ikut
    he he he..campur gak makan diaorg nie
    ~~~
    tu je la kot
    kupasan Mummy Ayu pasal chicken pox..
    ada ramai yg kata
    better kena kecik2 nie...
    kalu kena dah besar..susah
    and lambat baiknya..
    betul gak...Mummy Ayu dah kena dulu kecik2...
    ragam mcm nie je la...
    ragam org dah besar pulak...macam2....
    apa pun....harap Ian & Iris cepat la sembuh
    ..amin..

mummy_ayu

I am Mummy Ayu and obviously I am a mummy of two kids, Ian and Iris. This blog is like my diary. Its contain my life story, my kids, my passions,my hobbies, my friends, my cooks and many more.

6 comments:

  1. ala, siannya budak2 nie...get well soon ya darlings

    ReplyDelete
  2. kesian klw budak2 yg kena
    kita kena masa darjah 4
    mmg xselesa

    ReplyDelete
  3. su kena dulu masa umur 21...ngam2 baru grad n baru dapat keje..adoi la...siksa jugak..tapi mujur masa tu kena tak naik kat muka...seluruh badan kecuali muka dan kepala...heheheheh...:)

    ReplyDelete
  4. thanks kongsi info berguna ni ayu..

    Sga Ian & iris cpt sembuh yer..

    ReplyDelete
  5. lg 1 time ena kecik dulu time mak ena nak menggoreng apa2 ker, ena kena ddk luar sbb klu tgh menggoreng tkt chicken pox tu pecah time tgh menggoreng

    ReplyDelete
  6. Thanxx sbb kongsi..nanti leh rujuk sini..hehehhehee

    ReplyDelete

Jemputla komen di sini...