memandangkan anak2 Mummy Ayu
sedang diserang chicken pox nie
Mummy Ayu pun buat la skt2 reasearch pasal chicken pox nie
so..leh gak kongsi2 kat sini...
Chicken pox juga dikenali sebagai cacar air, jintungan atau bertih (mengikut dialek daerah).
Ia disebabkan oleh virus Varicella (kumpulan virus herpes)
dan amat mudah berjangkit.
Ia berlaku pada semua peringkat umur,
biasanya pada kanak-kanak.
Ia lebih teruk sekiranya berlaku kepada orang dewasa.
Rebakan adalah melalui sentuhan atau titisan cecair daripada orang dijangkiti.
Rebakan juga berlaku melalui bahan tercemar dengan cairan cacar
seperti pada pakaian atau tuala dari penghidap chicken pox.
Pengidap chicken pox boleh merebakan virus sehingga 48 jam
Pengidap chicken pox boleh merebakan virus sehingga 48 jam
sebelum ruam timbul dan boleh terus menjangkitkan orang lain sehingga cacar air menjadi kering dan berkeruping.
Kayap (herpes zoster) ialah infeksi dari virus yang sama dan
berlaku pada di masa hadapan (umur dewasa).
Tanda dan Gejala
Kawasan bintik-bintik merah melibatkan muka, kepala, dada, belakang dan akhirnya seluruh tubuh.Ruam chiken pox akan timbul kurang dari 2 minggu selepas jangkitan berlaku.
Pengidap chicken pox akan mengalami demam dengan bintik-bintik merah pada kulit.
bilangan boleh mencecah ratusan biji dan kemudian membentuk gelembung berisi air.
Bila gelembung berisi air pecah ia menjadi kering dan berkeruping.
Rasa gatal sederhana atau teruk menyebabkan
pesakit akan menggaru dan akhirnya menyebabkan parut.
hidung berair dua hari sebelum bintik-bintik merah timbul.
Komplikasi
Adakala penyakit boleh jadi teruk walaupun pada kanak-kanak yang sihat dan mengakibatkan komplikasi teruk termasuklah kematian.
Kumpulan berisiko untuk jangkitan serta mendapat komplikasi teruk:
- Bayi baru lahir, di mana ibu tidak penah mengidap chicken pox atau pelalian chicken pox.
- Ibu mengandung menyebabkan kesan pada bayi dalam kandungan seperti tak cukup berat dan kecacatan anggota boleh berlaku. Sekiranya ibu mengidap chickenpox seminggu sebelum kelahiran, ia boleh menyebabkan jangkitan serius serta membahayakan nyawa pada bayi.
- Orang yang lemah atau kurang daya tahan akibat penyakit lain seperti HIV, barah sumsum tulang (leukaemia) dan pesakit kanser dalam rawatan kemoterapi. Orang yang mengambil steroid berpanjangan pesakit asma dan sindrom nefrotik.
Penghidap sakit radangan kulit (inflammation eczema).
Rawatan
- Ubatan anti-viral :
Acyclovir atau immuno globulin diguna untuk merawat chicken pox. Rawatan amat berkesan sekiranya diambil segera dalam tempoh 24 jam dijangkiti. Ia akan mengurangkan keterukan dan komplikasi akibat chicken pox. Semua orang dewasa mendapat kebaikan dari rawatan antiviral di awal penyakit terutama yang kurang sistem daya tahan (orang lanjut usia, pesakit diabetes, pengidap HIV& AIDS serta rawatan steroid).
- Rawatan antibiotik
Komplikasi akibat chicken pox ; radangan kulit dan radangan paru-paru memerlukan rawatan antibiotik. Pesakit yang mendapat radang otak hendaklah dimasukkan ke hospital untuk rawatan antivirus.
- Rawatan di rumah - Sapu losyen calamine.- Ubatan antihistamin kurangkan gatal-gatal- Panadol untuk demamSumber dr: Info Sihat (Kementerian Kesihatan Malaysia)Pantang larangnie sendiri yg tau..- ada org kata, tak leh kena air, tak boleh manditapi takkan la tak mandi kan..so Mummy Ayu kasi mandi jugaktapi berhati2 & tak guna sabun punsbb takut diaorg pedih...pas mandi lap kering2..baru letak losen tu- pas tu Ibu kata ..jgn kasi makan kicapnaisb la masing2 tak kisah pun bab kicap tuso..follow la pantang nie- tak leh kena hujanmemang tak kuar umah pun...so..follow gak pantang nie- minum air kelapakasi chicken pox tu kuar semua..kasi minum but masing2 minum skt jer.....nak buat mcm manalast2 Mummy yg minum air kelapa tutambah ais..sedap.... :-)- daun semambuletak bawah alas tempat tido diaorgkasi kurang gataland bila dah kering, campur ngan bedak sejukkasi diaorg pakaipun Mummy Ayu followbuat masa ni...letak kat tempat tido diaorg....- jgn makan makanan yg gatal2ex: ayam, daging, telur, seafoodikut & ada gak yg tak ikuthe he he..campur gak makan diaorg nie~~~tu je la kotkupasan Mummy Ayu pasal chicken pox..ada ramai yg katabetter kena kecik2 nie...kalu kena dah besar..susahand lambat baiknya..betul gak...Mummy Ayu dah kena dulu kecik2...ragam mcm nie je la...ragam org dah besar pulak...macam2....apa pun....harap Ian & Iris cepat la sembuh..amin..
ala, siannya budak2 nie...get well soon ya darlings
ReplyDeletekesian klw budak2 yg kena
ReplyDeletekita kena masa darjah 4
mmg xselesa
su kena dulu masa umur 21...ngam2 baru grad n baru dapat keje..adoi la...siksa jugak..tapi mujur masa tu kena tak naik kat muka...seluruh badan kecuali muka dan kepala...heheheheh...:)
ReplyDeletethanks kongsi info berguna ni ayu..
ReplyDeleteSga Ian & iris cpt sembuh yer..
lg 1 time ena kecik dulu time mak ena nak menggoreng apa2 ker, ena kena ddk luar sbb klu tgh menggoreng tkt chicken pox tu pecah time tgh menggoreng
ReplyDeleteThanxx sbb kongsi..nanti leh rujuk sini..hehehhehee
ReplyDelete- Antigen Rapid Test
ReplyDelete- Medical Supply Malaysia
- Urine Drug Test Kit
- Antigen Rapid Test Oral Fluid
ReplyDelete- Medical Supply Malaysia
- Urine Drug Test Kit