Layan gak tgk nie semalam....

malam semalam layan telemovie nie kat astro
ok la..
menghiburkan
and yg paling lawak tu
BFF Alyan tu, Kina
cakap BI sampai org tak paham..kelakar tul...

pelakon utama
Randy dr Indonesia
&
Elfira Low dr Malaysia..
best jugak la...

sinopsis ~
Alyah adalah seorang gadis remaja biasa yang baru menerima keputusan SPMnya.
Dia bermimpi untuk menyambung pelajarannya ke pengajian tinggi,
tetapi oleh sebab pemikiran ibunya, Peah,
yang masih kekampungan yang mengutamakan anak lelaki,
Alyah terpaksa mengikut kehendak ibunya untuk menolong di gerai ayam mereka di pasar.


Andy Rasputra adalah seorang anak jutawan dari Bandung yang menetap di Malaysia. Dia rimas dengan kehidupannya di Malaysia kerana dia merasakan semua orang yang ingin berkawan dengannya adalah disebabkan kekayaannya.

Pada suatu hari Andy mengambil keputusan untuk berpura-pura menjadi miskin dengan pertolongan bekas pembantu rumahnya, Mak Yam. Sementara itu, Kinah, kawan baik Alyah menyuruh Alyah berpura-pura menjadi kaya agar dia tersangkut dengan teman yang kaya supaya impianya tercapai. Alyah dan Andy bertemu melalui laman facebook dan mula jatuh cinta. Andy akhirnya memberitahu hal sebenar tentang dirinya kepada Alyah, ketika Alyah ingin memberitahu keadaan sebenar, dia dihentikan oleh Kinah. Tetapi segala-galanya terbongkar apabila ibu Alyah menyangka yang dia akan menjadi GRO. Apabila Andy mendapat tahu keadaan yang sebenar, dia amat kecewa dan berlalu meninggalkan Alyah.

ending..harus la happy kan,sapa2 yg terlepas tengok..,nanti ada ulangan kot,astro kan...

mummy_ayu

I am Mummy Ayu and obviously I am a mummy of two kids, Ian and Iris. This blog is like my diary. Its contain my life story, my kids, my passions,my hobbies, my friends, my cooks and many more.

4 comments:

  1. HU3... tak dapat tengok malam tadi...me minat gak kat si alfira loy tu...hu3... macam best jer...

    ReplyDelete
  2. Kak Ayu, Masz suka sangat citer ni..menghiburkan hati..kelakar..semua kelakar especially bff dier, adik dier and mak dier...hehehhee

    ReplyDelete
  3. semua orang update pasai citer ni kat status fb pagi tadi. since saya kureng tengok tv, perasaan blurrrrr menyelubungi.

    ReplyDelete
  4. aku tgk gak cite ni walaupun laki aku bising kata cite budak2... so aku tukar2lah ngan cite antu kat tv3 tu

    ReplyDelete

Jemputla komen di sini...