­

Siapakah malaikat itu?

entry sempena hari ibu esok..

pagi2 jumaat plak tu

so....mari kita renungkan kejab

petikan ini diambil dr mastikan bulan mei

bulan mei kan hari ibu

so...ada la satu ruangan nie...

touching Mummy Ayu baca

so..nak kongsi2 kat sini ngan kengkawan..

Mummy Ayu snap tapi sure tak nampak sgt

so..Mummy Ayu taipkan la yer...
Suatu hari, seorang bayi menerima perintah daripada Penciptanya
"Sebentar lagi, engkau akan bersiap sedia untuk diturunkan ke dunia"
Sesungguhnya bayi itu berasa amat takut,
gusar memikirkan akan dilahirkan
ke dunia yang tidak pernah dilihatnya.
Lalu bayi itu pun bertanya kepada Tuhannya
"Selama ini ada mailaikat yang menjagaku.
Dan para malaikat ini memberitahu
aku akan dikirimkan ke dunia.
Tetapi, bagaimana aku akan hidup di dunia itu
dengan tubuhku yang kecil dan lemah ini?"
Lalu Tuhannya menjawap
"Jangan takut.
Sesungguhnya aku telah memilih seorang malaikat
untuk menjaga dan mengasihimu di dunia itu nanti"
Akibat masih takut, bayi itu bertanya lagi
"Dunia itu sudah tentu berbeza.
Jika di dalam syurga ini,
aku hanya perlu bermain, bernyanyi dan
ketawa membuatku terasa bahagia.
Bagaimana di dunia itu nanti?"
Lalu Tuhannya menjawab
"Jangan takut.
Malaikat ini akan menyanyikan lagu untukmu,
menghadiahkanmu dengan senyuman
dan kasihnya membuat engkau berasa hangat dan dicintai!"
Bayi itu masih belum berpuas hati
lalu bertanya lagi
"Aku tidak akan memahami bahasa mereka dan
mereka juga tidak akan memahami apa yang aki bicarakan.
Bagaimana aku boleh hidup dengan mereka?"
lalu Tuhannya menjawab
"Malaikat yang kupilih itu
akan berbicara padamu dengan bahasa yang paling indah,
paling lembut dan dipenuhi kesabaran dan perhatian.
Dengan ketulusan dia akan mengajarmu untuk berbicara"
Bayi itu bertanya lagi
"Dan bagaimana caranya perlu aku lakukan
jika ingin berbicara dengan-Mu kelak?"
Lalu Tuhannya menjawab
"Malaikatmu itu akan mengajarmu
bagaimana caranya nanti!"
Bayi itu masih bertanya
"Aku dengar di dunia itu ramai orang jahat.
Jadi, siapa yang akan melindungiku nanti?'
Lalu Tuhannya menjawab
"Malaikatmu itu akan melindungimu
dengan segenap jiwa raganya
sekalipun perlu mengorbankan dirinya!"
Dengan sedih, bayi itu bertanya lagi
"Aku akan berasa sedih
kerana tidak dapat bersama dengan-Mu lagi"
Lalu Tuahnnya menjawab
"Usah gusar.
Malaikatmu itu akan menceritakan tentang-Ku padamu.
Malaikatmu itu akan mengajar engkau bagaimana engkau akan kembali pada-Ku
bila sampai waktunya.
Sesungguhnya Aku sentiasa berada di sisimu"
Dan sebelum diturunkan ke dunia,
bayi itu bertanyakan soalan terakhir
"Jika sudah terpaksa aku pergi ke duani,
bolehkan aku tahu
saiapkah nama malaikatku yang Engkau maksudkan itu?"
Lalu Tuhannya menjawab
"Ibu!. Ibu yang melahirkan engkau!".
~~~
besar sungguh tanggungjawab kita
sebagai ibu...
tapi sedih mengenangkan
ada bayi yang baru dilahirkan
dibuang merata2..
seolah2 tak berharga
dan kembalilah mereka bertemu Penciptanya
harap kita semua dapat melakukan
yang terbaik untuk anak2 kita
and dapat memikul tanggungjawab
yang diamanahkan kepada kita dengan sebaik-baiknya..
insyaallah...
Selamat Hari Ibu kepada
kita semua yg bergelar Ibu...
To you too Ibu..
Along sayang Ibu!!

About mummy_ayu

I am Mummy Ayu And obviously I am a mummy of two kids, Ian and Iris. This blog is like my diary. Its contain my life story, my kids, my passions,my hobbies, my friends, my cooks and many more.

3 comments:

  1. aah touching babe..bergenang plak air mata aku..betapa besar pengorbanan ibu kan..n skang kita plak merasainya..
    paling sedih bila ade kes yg buang ank..aduh malangnya bayi tu..kegusarannya terbukti sudah bila mendpt ibu sbeegitu..

    ReplyDelete
  2. a'arrrghh!!!!!terharu baca n3 nie...
    betapa besarnye pengorbanan ibu pd kite semua..now giliran kt plak men corakakn anak kite...besar tanggungjawab seorng ibu nie,

    ReplyDelete

Jemputla komen di sini...