Kahwin Ganti

masa gie MPH Jumaat lepas.....
konon2 nak cari wedding card untuk Uncle Wiwan
sekali nampak..byk novel baru
wah..tak tentu arah jab la....
target nak beli Suami Aku Ustaz keluaran karya seni
eh...nie leh beli online
sekali nampak nie....
Kahwin Lari
mecm best
and its pink..
so..laju jer rembat
satu jer
sungguh sebuah jer
than beli buku Dora untuk Iris and buku Boboi for Ian
than terus bayar
(sebelum terbeli novel lagi)
tu yg Mummy Ayu kata tu
dlm busy2..sempat lagi terbeli novel
nak buat mcm mana...
so...novel nie pun
dah abis baca dah...
:-)
meh layan sinopsis sikit...

Luqman Hakim
Perempuan yang bertudung semuanya sama! Nampak baik, tapi hati busuk! Cinta konon! Ada apa dengan cinta? Dah bercinta, nak kena setia. Punyalah setia, kena tinggal juga! Jadi seperti dia juga senang. Tempoh untuk berkawan dengan perempuan, hanya satu bulan. Cukup masa, tukar yang lain. Muda lagi kut! Enjoy la!

Nuqman Hakim
Bertunang, banyak dugaannya. Ramai yang tunang dengan dengan orang lain, tapi nikah dengan orang lain. Nikah terus lagi senang. Lepas ni, boleh fokus pada belajar. Bukan macam mamat seorang tu, sibuk ke hulu dan ke hilir heret perempuan yang bukan muhrim. Macam manalah ilmu nak berkat kalau dok sibuk buat perkara tak senonoh!

Mya Zara
Bila berdua dengan lelaki itu, bayangan Nuqman selalu saja nampak pada dirinya biarpun perangai mereka ternyata berbeza. Tapi, bila wajah itu tiada di hadapannya rindu pula mula menghimpit diri. Dia sendiri tak pasti sama ada itu adalah cinta atau sekadar kerana taat setia pada yang sah memilikinya.
"Awak suka saya tak?" – Mya Zara

"Aku… aku suka Dibo!" – Luqman Hakim

Takdir Allah telah menentukan jodoh di antara Luqman Hakim, pelajar tahun akhir Kejuruteraan Kimia yang kasanova, dengan Mya Zara tutor mudanya yang juga bakal kakak iparnya tatkala Nuqman Hakim menghilang secara tiba-tiba.

"Sebab dia adiklah, abang akan buat macam tu. Abang akan paksa dia ceraikan Zara dan pulangkan semula Zara pada abang. Tak selamanya dia boleh rampas semua hak abang. Kali ini, abang akan bertegas. Sama ada dia suka atau tidak, Zara mesti jadi hak abang!" – Nuqman Hakim

Mampukah istana yang dibina atas dasar gantian bertahan hingga ke akhirnya? Berjayakah Mya Zara mengubah persepsi Luqman tentang perempuan dan cinta?

and sinopsis versi Mummy Ayu ~

Luqman Hakim & Nuqman Hakim ..kembar
tapi terlalu byk berbeza & tak sama perangai & selalu gaduh
so..bila dah besar..masing2 bawa haluan masing
Luqman Hakim nie seorang playboy...
and Nuqman Hakim seorang yg baik & setia pada Mya Zara
and sbb takut Luqman cuba rampas Mya
Nuqman amik keputusan nak kawin dgn Mya Zara walaupun dia lum abis belajar lagi

Mya Zara nie tua sikit dr diaorang and baru abis belajar
and dia baru jer mula keja sbg lecture kat tempat belajar Luqman

tapi nak jadi cerita
pada hari perkahwinan..Nuqman hilang
and sbb taknak malukan family
Luqman diminta gantikan tempat Nuqman
nak tak nak..Nuqman gantikan juga

Mya..tak tau langsung yg Nuqman ada kembar
so..terkejut la bila tahu yg dia kawin tu bukan Nuqman tapi Luqman

mula2 memang selalu gaduh..
ada je yg tak kena
but akhirnya mereka bahagia
tapi pd masa yg sama Luqman takut
Nuqman akan muncul kembali untuk merampas Mya
yg dah jadi milik dia...

and yes...Nuqman muncul kembali
tapi sebagai Norman
emm...
pd hari perkahwinan dia tu
Nuqman kena tangkap & kena pukul oleh kuncu2 bapak ex girlfriend Luqman
(salah org punya hal)
sampai hilang ingatan
and dipaksa kawin dgn anak dia
and ditukarkan identiti

pas tu...
suspen..

nak tau..kena la baca novel tu..
best!!!

dah baca nie..
and dah order lagi 2 novel
~ Suami Aku Ustaz
Sebenarnya, Saya Isteri Dia
~ Cahaya Qaseh
emm...harap2 minggu depan sampai la

About mummy_ayu

I am Mummy Ayu And obviously I am a mummy of two kids, Ian and Iris. This blog is like my diary. Its contain my life story, my kids, my passions,my hobbies, my friends, my cooks and many more.

6 comments:

  1. wah. rajin bace nOvel mummy. hehe.
    yg suamiku ustaz tu best. :)

    ReplyDelete
  2. baca sinopsis macam best...tak sabar nak baca jugak...

    ReplyDelete
  3. Tengok novel semua nak tapau. Tapi sekarang x de mase nak bace. hu3...

    ReplyDelete
  4. rajinnye lahai baca novel..kalau kite tuh 2bln belum tentu abis satu buku..hehehe..

    ReplyDelete
  5. aigoo
    agak tak logik la even thrill di situ..
    kan masa nak nikah kan..
    kena signature kan?
    kan?
    kan?
    klu lain2 orang
    mesti signya lain2?!
    ahhaa..
    dahtu nikahnya mesti tak sah.
    adoi..
    citer best tpi mcm tak logik and agak tak ptuh syariah la disitu..
    adeh..
    ko punya sinopsis buat aku jdi pikir logik sikit..

    ReplyDelete

Jemputla komen di sini...