Suami Aku Tak Romantik tapi.......

dah abis dah baca novel nie...
pagi tadi kan update lum baca..
kat opis .. mcm free plak pagi nie
so..laju la layan
tu yg kureng update kat sini tu...
so....
nak tau sikit pasal novel nie?
emmmmm....
sinopsis kat belakang novel..
NURA ALIA seorang gadis periang yang telah jatuh cinta dengan Syed Azmi, seorang anak Datuk yang kaya dan handsome! Walaupun dia tahu Syed Azmi seorang womaniser, Nura Alia yakin bahawa lelaki itu pasti akan meninggalkan gelaran itu demi cinta mereka bersama.

Akhirnya, dari cinta ia berubah benci! Syed Azmi juga hampir-hampir meragut kesucian Nura Alia. Nura Alia menyimpan dendam kesumat pada lelaki itu.

“Aku bencikan kau, Syed Azmi! Kau memang lelaki tak guna!” -NURA ALIA

Demi menjalankan rancangan membalas dendamnya, Nura Alia akhirnya nekad untuk menjadi babysitter kepada abang Syed Azmi yang autistik, Syed Azwan a.k.a Boboy, budak tak cukup seringgit yang sengal! Dalam terpaksa dia rela melayan setiap kerenah Boboy.

“Boboy! Boboy memang suka menyusahkan akak, kan?! Eee… geramnya aku!” -NURA ALIA

Selama tujuh tahun, BOBOY hidup di dalam dunianya sendiri. Dunia kanak-kanak autistik yang sengaja diciptakannya demi menyembunyikan sejarah silam. Sejarah silam yang membuatkan dia menyimpan rasa bersalah sehingga ke hari ini.

Namun, semuanya itu berubah apabila Nura Alia hadir dalam dunianya. Hati Boboy berdegup lagi. Dalam diam, dia menyayangi si babysitternya itu.

“Kita minta maaf sebab selalu menyusahkan kakak. Kita sayangkan kakak!”BOBOY

Tapi, tiada siapa yang dapat menghalang suratan takdir. Nura Alia dan Boboy akhirnya bersatu dalam sebuah ikatan. Pada saat cinta semakin bersemi, muncul pelbagai halangan yang menggugat rasa cinta yang baru hadir itu. Masing-masing masih menyimpan banyak rahsia. Rahsia yang mampu mengundang rasa kecewa dan duka dalam hati mereka berdua.

Rahsia siapakah yang bakal terbongkar dahulu? Apakah nasib ‘cinta’ yang baru bersemi dalam hati mereka itu? Adakah dari cinta sekali lagi ia akan berubah menjadi benci?

“Maafkan abang, sayang. Selama ni abang dah tipu Lia. Abang sebenarnya bukan Boboy yang autistik. Abang masih Syed Azwan yang normal. Abang…” -SYED AZWAN

and sinopsis versi Mummy Ayu

~

Nura Alia....seorang gadis lincah
tetiba jatuh cinta kepada Syed Azmi
walaupun dia tau Azmi nie buaya
tapi Azmi konon2 nya dah berubah
tapi...
Alia sedar dia tertipu bila Azmi cuba amik kesempatan
demi nak balas dendam..
Alia cuba masuk dlm family Azmi
and..terjadi babysitter kepada abang Azmi yg konon2nya autistik..Syed Azwan/ Boboy

Syed Azwan terpaksa menukarkan wataknya menjdai Boboy seorang yg autistik
disebabkan menyembunyikan satu rahsia berkaitan
kematian Syarifah Azlina
7 tahun yg lalu hinggala dia bertemu dgn Alia

dlm masa yg sama..family Alia cuba menjodohkan
Alia dengan Syam,
seorang pemuda yg konon2 nya alim
tapi rupanya geng ngan Azmi...
dlm nak elakkan Syam nie la
Alia terkantoi dgn Syed Azwan/ Boboy
maka..kawin la Alia ngn Boboy
emmm...
dari tak suka jadi suka
gie honeymood kat terengganu
and..betul2 honeymoon bila Boboy hampir membocorkan rahisa
balik dr honeymoon...
marah2...baik balik,
gaduh2 lagi..
pasang surut la
tetiba Syed Azmi muncul balik
selepas melarikan diri ke Sepanyol..3 bulan
Azmi cuba menagih kasih dr Alia
tapi Ali tetap dgn pendirian nya..
mencintai suaminya..Boboy
dan...
semua rahsia terbongkar
semua marah sbb rasa tertipu oleh Boboy
"Mama akan maafkan Wan bila Alia dah maafkan Wan"
emm...
bila,
bagaimana,
adakah Alia sudi memaafkan Azwan
demi anak yg dikandungnya?

suspen..
kalu nak tau ending
kena la beli & baca novel
Suami Aku Tak Romantik Tapi Autistik

About mummy_ayu

I am Mummy Ayu And obviously I am a mummy of two kids, Ian and Iris. This blog is like my diary. Its contain my life story, my kids, my passions,my hobbies, my friends, my cooks and many more.

8 comments:

  1. Alamak macam best la pulak sinopsis.. zassss beli sekarang! haha

    Jemput-jemput: Saat Aku Kau Pilih

    ReplyDelete
  2. boleh plak kat KL Sentral ni xde..actually selalu mesti ada...ishhh..kena pi cari kat popular jugak ni..

    ReplyDelete
  3. Mesti nanti buat drama pulak... Macam drama skrg ni semua ambil Kay novel je..

    ReplyDelete
  4. besnye..nk baca gak..dah gi cari kat popular tp xde..sedih btol..

    ReplyDelete
  5. au suka novel eh..kalau start bc mmg syok kan..lately ada bc satu novel..mmg best sgt..:-)

    ReplyDelete
  6. Farisha Imani punye?? Kawan etty tuh! huhuhu

    ReplyDelete

Jemputla komen di sini...